juz nice 2 have a sweet life...but sometimes we need 2 go through very hard life...it juz a pain 4 ourself...
Friday, February 17, 2012
kelebihan surah2 Al-Quran.. :)
assalamualaikum..:) ehem cuti2 ni ada la masa sket nak update blog..bukan ape,,minat membaca la katakan,,so ade la baca 1 article or short notes la lbey comel kot..tntg kelebihan2 surah2 dalam Al-Quran..insyaAllah,,sama2 kita amalkan ok..moga2 ilmu ni dpt disampaikan n jd 1 ilmu yg berguna untuk semua..aminn :) jom sama2 renung2kan n slmt beramal :)
Monday, February 6, 2012
Rindu Nabi Muhammad terhadap kita :)
Assalamualaikum semua..:))
masya Allah,,sedar x sedar,,,semalam dah 12 Rabiul Awwal...n of course we all know dat our beloved prophet Muhammad S.A.W was born on this date..so ni bermaksud,,smlm Hari Keputeraan Baginda..cena kwn2??da berselawat ke ats Baginda?haaaa alhamdulillah kalau da...bg yg terlupa,,takpela,,xsemestinya hari lahir Baginda je kite boley selawat kan..hee jom selawat sama2..
Alhamdulillah...actually,i have read 1 article ni..its about our Prophet..so i think,,i wanna share with u all n hope rasa cinta kite pada Nabi makin menebal..i.Allah..so selamat membaca:)
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam
membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi
Saidina Abu Bakar.Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan
teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi
bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda
bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi
mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat
mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka
kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan
'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya
Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah
umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan
semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman
denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku
tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
